Just for sharing..
Dalam kegembiraan berkongsi ilmu yang dipelajari selama 3 hari menuntut dengan Dr. Azizan, tiba-tiba hari ni saya dikejutkan dengan satu penemuan artikel tentang bekas peserta program yang nampaknya seperti tak berpuas hati dengan Dr. Azizan..
Dari perkongsiannya, seperti dia telah membayar sejumlah amaun yang agak besar untuk menghadiri seminar anjuran Dr. Azizan tetapi apa yang diperolehi tidak seperti yang dijanjikan dalam pakej pilihannya itu.
Namun, seingat saya, Dr telahpun menjelaskan salah faham tentang perkara ini. Saya tidak akan berkongsi link tersebut di sini kerana apa yang saya cuba sampaikan ialah, berjaya atau tidaknya kita adalah dengan izin Allah. Jika apa yang kita lakukan masih tidak mencapai sebagaimana yang kita harapkan, muhasabah diri. Cari dan gali semula di mana kelemahan dan mungkin ia juga berkait dengan hubungan kita dengan Allah.
Dr. Azizan hanya membantu menyampaikan dan berkongsi segala pengalaman dan pengetahuannya dengan izin Allah. Saya tidak pernah menghadiri sebarang seminar yang sentiasa mengingatkan kita tentang menjaga hubungan bukan sekadar dengan Allah, malah juga sesama manusia.
Pemikiran skeptikal saya selama ini, buat bisnes untuk untung banyak dan pergi melancong selain daripada untuk kesenangan ibu bapa. Ada pemikiran, aku nak kaya buat apa? Kang nak menjawab kat dalam kubur mesti banyak yang nak kena hisab. Di waktu itu, apa yang ada dalam fikiran saya, kaya untuk kepentingan diri kita dan keluarga sahaja tetapi bila masuk ke dalam seminar DAO ini, pemikiran saya ditransformasikan 360 darjah.
DAO menekankan pentingnya kita kaya untuk membantu dan berjihad ke jalan Allah. Apabila kita ada duit, kita mampu untuk membantu orang-orang susah, mengeluarkan zakat dengan banyak, membantu anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan yang paling utama, kita memberi peluang, "value added' kepada orang lain untuk membina pendapatan mereka sendiri.
"The More U Give, The More U get"
Apa yang lebih menyakitkan hati, peserta itu menuduh Dr. Azizan hanya pandai menjual air liur untuk menjana pendapatan berjuta-juta.. Hello, dia jual air liur pon, air liur dia berharga tau tak?? Dah ramai yang berjaya sebab air liur dia, yang komen lelebih tu air liur korang boleh jual ke?? Dalam-dalam dok bz ngan seminar, sempat lagi pergi bercuti, pergi umrah.. Memang komen yang boleh buat gelak tergolek.. Hape daa, agak la kalau nak komen pun, cuba la komen yang bernas sikit.. Nama pun DAO tu manusia biasa, dia pun ada masa nak privacy ngan family dia, nak bercuti tenangkan minda.. Ingat tak letih ke dok bercakap sambil berdiri beberapa hari?? Akai ada ka.. Tu la, suh masuk kelas Master Your Bisnes tak nak, bajet dah pandai sangat la tu kot, tapi habuk pon tarak..Yang tolong tambah bahan perasa nak bagi sedap tu pon sama, ada yang komen kemain lg tapi rasanya yang bagi komen tu tak masuk pun kelas DAO.. cakap je lebih..
Bila ada yang cuba nak perbetulkan keadaan, senang-senang hati lak dituduh sebagai pensponsor DAO.. lawak betul la.. DAO tu nak tolong bangsa Melayu makin maju, tapi ade lak jenis yang tak leh nak tengok orang Melayu maju ni la namanya perosak bangsa sendiri.. memang tak paham betul la..
Bila dah masuk kelas lebih-lebih lagi kelas ilmu, penceramah tu dah jatuh jadi guru kita so bila dah namanya guru wajib hormat walaupun kita bayar dia untuk bagi ilmu kat kita.. Ilmu DAO atau apa-apa ilmu pun, kalau nak diikutkan, amat-amat tak ternilai.. walau ambik harga yang paling mahal sekali pun, memang tak ternilai.. yang penting bila kita dapat ilmu tu, buat.. Kalau setakat pergi tapi tak buat apa-apa, memang la tak jadi lepas tu nak salahkan DAO sebab bagi ajaran sesat.. mana teori yang dia ambik entah la..
Kata DAO, "Fast Action, Fast Result" "Slow Action, Slow Result"...
Rasa cukup la kot nak membebel pagi-pagi ni.. bebel banyak-banyak kang tambah lagi dosa.. rasanya yang akak tu, better pergi jumpa DAO sendiri dan selesaikan dengan cara professional.. bukan dengan cara hebahkan kat fb atau kat blog pas tu bagi orang yang tunjuk pandai wat komen ntah hape-hape.. sekurang-kurangnya ilmu yang kita dapat tu berkat.. restu guru pun menjamin keberkatan dan kejayaan kita..
sekian, terima kasih,
Aziah Mohd
www.facebook.com/Keropok ORI Terengganu
No comments:
Post a Comment