Pernah tak, isteri-isteri.. kalau ada artikel yang berkaitan dengan suami terutamanya bab nafkah, penjagaan isteri ketika hamil, bab-bab kewangan, bab-bab romantik-romatik rumahtangga ni kat fb... kita suka share.. lepas tu tag kat suami...??
kalau sekadar tag tu kira ok lagi tp ni dah la tag kat suami siap tulis:
"abang..sila amik perhatian..sharing is caring!"
"you...baca ni..."
Please ye isteri-isteri... i know how much you intend to let your husband baca those artikel-artikel rumahtangga bahagia and so on, bab-bab kewangan dan nafkah especially, but no need to tag your husband with ayat-ayat yang boleh menimbulkan syak wasangka org luar terhadap keadaan rumahtangga kita...
contoh mcm ni:
Artikel tu berkaitan dengan tanggungjawab suami dalam memberi nafkah pada isteri, yang isteri ni pulak bila baca terus tag kat suami dgn ayat-ayat mcm kat atas tadi..
Niat isteri tu mungkin cuma nak suami dia baca dan faham maksud tersirat yang terdapat dalam artikel tu.. untuk penambahbaikan dalam hubungan suami isteri TAPI...
Apa pula persepsi orang luar..?? Mesti dalam fikiran diorang yang baca tu akan terfikir ayat-ayat macam ni:-"ooo..ni mesti suami ni tak bagi nafkah kat dia..."
lagi teruk, bila org yg tak tau menahu hal rumahtangga kita ckp:-
"teruknya suami dia...tak bagi nafkah kat dia..."
seeee...nampak tak?? nampak tak banyak yang buruk dari baiknya?? memang tak salah nak share, kalau nak share untuk umum share je tanpa ayat-ayat khusus tuju pada suami sendiri. Kalau betul-betul nak bagi suami baca... SILA PRINT ARTIKEL TERSEBUT dan balik nanti bagi suami suruh baca atau kita sendiri berzikir tepi telinga dia baca artikel tu, cuba praktikkan dan tengok hasil dia camne.. ok ke tak ok..
Dalam apa jua agama sekali pun, lebih-lebih lagi dalam Islam sendiri, salah satu tanggungjawab suami dan isteri ialah saling menjaga aib di antara satu sama lain.. eventhough dia memang tak bagi nafkah ke, kaki pukul ke, tak romantik ke, you dont need to tell the world "oh..my husband actually macam ni macam tu..." kenapa??? sebab dah ada kes macam ni dan hampir menyebabkan pasangan ni bercerai... Tak pasal-pasal bergaduh dgn suami teruk-teruk sebab suami cakap "aku benci kau tag-tag aku kat fb pasal semua tu...kau saja nak malukan aku ke apa?" seeeeee...!!! dari sebaik-baik suami, bila ego dia tercabar boleh hilang kewarasan tau.. terus aku kau je dia bagi...
sekian.. ini juga adalah peringatan utk saya sendiri...kadang-kadang kita tak terlepas dari melakukan kesilapan tapi bila dah sedar cepat-cepat baiki dan jangan buat lagi... bukan setakat dengan suami je, kawan-kawan, adik beradik dan orang di sekeliling kita.. kita nak orang jaga hati kita tapi kita sendiri tak pernah nak jaga hati orang, camno tu?? Apa-apa pun, kalau kita nak orang hormat kita, kita yang kena lebih dulu belajar cara nak hormat orang.. semoga kita beroleh manfaat...
No comments:
Post a Comment