Tuesday, 1 October 2013

My 1st Story

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Pertama kali nak kena tulis cerita pasal diri sendiri kat dalam seminar Dr. Azizan, tak pernah dibuat lagi.. tapi yang bagusnya, saya memang suka menulis dan impian saya memang untuk jadi penulis. Jadi, bila dah diberi peluang macam ni, apalagi, macam air idea tu mencurah-curah keluar.. tambah lagi bila berkongsi tentang pengalaman yang kita dah lalui, lagi senang nak tulis kan.. silap-silap dah boleh buat cerpen hahhaha... :)

Pasal blog ni nak kata pertama kali tak jugak sebab saya dah pernah ada blog sebelum ni, konon nak berkongsi aktiviti harian la, membebel pasal apa yang tak puas hati la, konon nak ramai follower la.. sekali stuck, nak bukak balik dah tak dapat. Makanya terpaksa la buat yang baru. Jadinya, wujud la blog ni.. pada yang buka dan baca coretan saya, terima kasih banyak-banyak.. harap perkongsian saya memberi kesan yang positif untuk anda semua.. 

Menghadiri IJI 2013 yang baru tamat baru ni memberi impak yang mendalam buat saya. Betapa sebenarnya berniaga itu bagus tapi kena dengan niat yang betul. Biasanya, bila kita set nak berniaga ni, mindset dah fikir nak kaya, kaya, kaya.. tu je la.. Biasanya kalau org lain pun akan cakap, dah berbisnes boleh kaya la.. tapi sebenarnya niat kita nak kena betul. Kita berniaga kerana kita nak tolong orang lain sama-sama value added dengan kita, bukan kita kaya sorang-sorang.. tu kaya yang tak berkat.. Mindset nak kaya supaya kita boleh keluarkan zakat yang banyak dan boleh tolong orang yang memerlukan.. lebih banyak kita bagi, lebih banyak yang kita dapat.. The Power of Memberi..

Persepsi saya pasal perniagaan awalnya adalah sesuatu yang sangat menakutkan. Nak berniaga, mana nak cari modal? Nak jual ape? Susahnye nak kena pujuk orang beli barang kita.. Apa yang nak dijual?? Tu la antara beberapa soalan-soalan yang disogokkan dalam kepala saya. Dari sekolah hingga universiti, kebiasaan pesanan penaja yang biasa kita dengar, belajar rajin-rajin, nanti boleh masuk universiti boleh kerja best-best, dapat gaji mahal.. Tapi mungkin nasib anak Melayu tak sebagus nasib kaum bukan Melayu. Kaum Melayu bila nak belajar Mara ada, JPA ada, PTPTN ada, cuma pastikan masuk IPTA je, bukan susah pun kan? Berapa kerat dari kalangan anak Melayu yang boleh masuk IPTA ni belajar bersungguh-sungguh dan cuba untuk dapat dekan setiap semester? Ada tapi tak ramai.. klu nak tengok ramai, kat UiTM je yang ramai.. kalau kat IPTA lain, kebanyakannya bukan Melayu, terutamanya dalam bidang-bidang yang kritikal.. kebanyakannya bila dapat masuk u, duit penaja buat beli henpon baru, cari bf/gf, beli baju lawa-lawa bla.. bla.. bla..

Saya merupakan graduan dalam bidang pentadbiran perniagaan pengkhususan dalam bidang pengurusan sumber manusia tapi sepanjang saya bekerja, saya tak pernah pun apply apa yang saya belajar kerana bidang kerja saya amat-amat berlainan. Saya pernah kerja sebagai PA, penulis papan cerita untuk multimedia, collector, pembantu bahagian latihan, operator telefon, rata-rata kerja yang tak bersangkut paut dengan ijazah saya. Gaji yang saya pernah terima paling tinggi rm1,200.. sedih tapi bersyukur walaupun akhir bulan sentiasa pinjam duit mak sebab duit gaji dah habis..

Sampai la, selepas saya bekerja dengan company terakhir dan saya telahpun berhenti 2 tahun yang lepas.. saya rasa begitu teraniaya.. Pengalaman kerja saya bukanlah sesuatu yang tersangat best untuk dikenang, lagi banyak yang tak best berbanding yang best..

Nak tau pengalaman kerja yang buat saya bermotivasi.. tungguuu post saya akan datang...
Terima kasih kerana membaca..
#erk.. ada yang baca ke???


No comments:

Post a Comment