Wednesday, 30 October 2013

Launching new product.. Nasi Dagang ready made..

As-salam..

Lama gile tak berblog, rasa rindu sangat-sangat nak menulis dan share macam-macam dengan pembaca sekalian (ada ke pembaca, takde komen pon..!!).. Hahhaha, jangan marah ekk..

Sebelum nak menceceh panjang-panjang, sila jawab soalan-soalan di bawah dengan jujur:

1) Anda suka makan nasi dagang?

2) Anda suka nasi dagang Terengganu @ Kelantan?

3) Adakah nasi dagang hidangan yang wajib anda cari bila datang ke Terengganu?

4) Apakah yang membuatkan anda begitu menggemari nasi dagang?

5) Suka tak kalau anda boleh buat sendiri nasi dagang di rumah dengan bahan-bahan sedia untuk dimasak dan boleh makan sepuas hati?

Jika anda setuju dan dapat menjawab dengan pantas semua soalan di atas, ternyata anda memang peminat nasi dagang tegar.. setuju ke setuju???

Ada yang tertanya-tanya, nasi dagang tu bukan sama je ke?? Apa lak bezanye antara nasi dagang Terengganu ngan nasi dagang Kelantan.. Tau ke tak tau?? Meh sini nak cite...

Nasi Dagang Terengganu

- Menggunakan beras wangi atau campuran beras dengan pulut
- Gulainya menggunakan rempah khas untuk gulai nasi dagang
- Menggunakan ikan tongkol
- Dimakan dengan acar timun




Nasi Dagang Kelantan

- Diperbuat daripada campuran beras pulut yang berwarna perang
- Gulai ikan lebih kepada masak lemak dan berwarna kekuningan
- Dimakan bersama acar timun





Haaa... macam mana?? Dah faham perbezaan Nasi Dagang Terengganu dan Nasi Dagang Kelantan..??

Kini, terdapat pek DIY (Do It Yourself) dan anda boleh memasak nasi dagang di rumah hasil air tangan anda sendiri.. suka takk..?? Say I..

Kalau anda berminat untuk mendapat kan pek DIY ini, boleh berhubung dengan saya untuk proses tempahan dan pengeposan.. contact no 012-9577304..

No comments:

Post a Comment