Sunday, 6 October 2013

Alamak, langgar janji sudah.. !!! 1 artikel sehari, jadikan amalan..

Assalamualaikum..

Tengah-tengah dok layan fb teringat lak nak jenguk blog.. tengok last date publish 4 okt, means ari jumaat.. ari ni dah ahad, 7 okt.. alamak, 3 ari tak share apa-apa.. dah sibuk sangat-sangat padahal tiap-tiap ari bukak blog tapi just buka then tutup balik.. langsung tak publish apa-apa.. :(

Ni la bila dah lama-lama dah makin lupa.. Nampaknye kena buat note biar ingat ari-ari nak kena update blog ni.. Janji dengan DAO, nak ubah ke arah yang lebih positif.. "Fast Action, Fast Result" tak nak jadi "Terhegeh-hegeh Action, Terhegeh-hegeh Result"..

Hari ni memang hari yang super duper busy.. pagi-pagi buta dah terpacak kat hospital, attend appointment ayah.. banyak keje jugak la ari ni, nak kena check jantung, nak ambik darah lepas tu tetiba ada tambahan nak kena buat chest x-ray.. adus, letih jugak la nak kena angkat, nak kena letak, berbaring, lepas tu angkat semula letak atas kerusi roda.. ni kisah pesakit ye, bkn saya.. tapi yang tukang angkat pon letih jugak, tambah lagi tak sempat nak breakfast.. takde tenaga beb.. :)

Tapi yang paling tensennya bila part nak check jantung, kesian kat nurse tu, dah try macam-macam cara untuk dapat bacaan jantung tu dengan elok tapi malangnya, disebabkan suhu bilik yang terlalu sejuk (aircond memang kuat giler kat bilik rawatan tu), ayah saya dah menggigil-gigil dah.. kesian lak kat dia.. Setakat kita yang orang sihat ni pun dah terketar-ketar, apatah lagi dia yang sakit.. Last-last nurse tu buat keputusan, bacaan jantung akan ambik masa jumpa doc bius esok.. esok lagi sekali tercongok kat hospital.. nak buat camne, selagi tak settle peraturannya, selagi tu la nak kena hadap dan dok ulang kat situ.. tensen oo...

Nasib baik la lepas settle yang jantung, pergi ambik darah dan buat x-ray takde masalah.. so lepas settle semua perkara, soru dulu la beb, perut tengah lapo giler.. bukan setakat berdondang sayang dah, siap black metal terus dah ni.. Masuk cafe, jam pun dah dekat pukul 1, makan tengah hari terus la.. Nampak lauk ikan keli berlada, sambar je la.. ngap, ngap Alhamdulillah, kenyang..

Masa untuk balik la.. siap appointment hospital, masa untuk fokus bisnes lak.. Keropok nak kena pos jugak ari ni.. ikutkan letih maunya nak postponed je esok tapi kalau esok pun, sama gak la cam hari ni.. kesian kat customer yang dok tunggu keropok diorang.. so balik rumah, teringat lak selotep dah abis.. alahaii, kena hantar ayah balik rumah dulu then kena rushing pergi Giant jap nak cari selotape besar.. Letih jugak dok pegi situ, pegi sana tapi dah namanya tanggungjawab nak buat camne.. family pun kena utama, customer pun kena jaga jugak, betul ke betul??

So dah lepas beli selotape, masa untuk pembungkusan la pulak.. aduss, sesi ni la yang paling mencabar sekali.. ye la, dah namanya buat keje sorang-sorang, mesti la ambik masa lama.. Alhamdulillah, rezeki hari ni, order 120 batang keropok lekor dan 20 batang keropok goreng sedia untuk pos..

Nak upload gambar, lama giler dok tunggu.. nanti la, kalau internet dah ok saya akan share gambar-gambar..
So kalau ada yang berminat nak merasa keropok Terengganu, anda boleh bank in selewat-lewatnya hari Selasa.. Nak pm @ msg @ WhatsApps ke no 012-9577304..

Macam dah mengantuk je, esok nak kena bangun pagi-pagi lak.. orait everybody, selamat malam.. tidur nya enak-enak ya.. muaahhh.. :)


No comments:

Post a Comment