Wednesday, 30 October 2013

Dapat duit bulan-bulan dengan emas.. Bagaimana??

Bila baca tajuk camtu, apa perasaan anda terutamanya orang perempuan yang memang suka sangat-sangat dengan emas ni..?? Mesti tak sangka kan..

Rupenye dengan emas pun kita boleh dapat gaji bulanan... mesti tak sangka langsung kan..??

Sekarang ni harga emas boleh dikatakan agak tidak stabil, berlaku penurunan dan peningkatan yang agak mendadak dalam masa yang setahun.. mengikut jangkaan para peniaga emas, emas berkemungkinan akan turun sehingga rm70/gram.. ramalan tahun depan..


Mesti ramai yang akan berlumba-lumba nak beli emas kan, emas murah la katakan..

TAPI fakta yang paling menarik..

Anda tahu tak, dengan emas yang anda ada, x perlu banyak, min 10 g anda mampu jana pendapatan pasif secara bulanan.. dengan sistem DELAY..

Apa

Keropok Lekor Resipi Terengganu

As-salam..

Bila sebut pasal keropok lekor, mesti ramai yang suka kan?? Terbayang-bayang rupe keropok yang panjang-panjang, kaler kelabu gelap, terasa-rasa kat dalam mulut rasa manis isi ikan yang segar, cicah lak dengan sos yang pekat merah tu.. perrgghhh.. memang meleleh la..

Yang baca ni mesti automatik terasa nak makan keropok lekor kan.. haa, mengaku cepat!!! Hehehe..



Tapi tahukah korang macam mana keropok lekor tu diproses..?? Ok, kat sini saya terangkan cara pembuatan keropok ni.. The Making Of Keropok Lekor kata orang kampung saya.. :)




Langkah 1 :
  • Bahan-bahannya, ikan selayang atau ikan sardin, tepung sagu, sedikit garam dan msg   (tapi tak bagus untuk kesihatan). 
  • Asingkan isi ikan dari tulang, gaulkan dengan tepung sagu dan garam, uli hingga sebati..
  • Nak pastikan semua dah hancur, better tumbuk guna lesung (kalau adunan sikit) atau guna blender untuk pastikan isi ikan tu betul-betul hancur.. kalau nampak ade lagi rupe isi ikan tu, macam tak cantik so blender hancur macam gambar kat bawah ni.
  • Kalau boleh, adunan jangan terlalu keras, atau terlalu lembik.. sedang-sedang je.. 

Langkah 2:

  • Dah dapat adunan yang cantik, masa untuk menggentel lak..
  • Tabur sedikit tepung kat atas papan yang akan diguna untuk menggentel tu, ambik sedikit adunan dan gentel la ikut saiz yang disukai.. biasanya dah namanya keropok lekor, mestila saiz dia panjang-panjang, ye tak??


Langkah 3 :


  • Masa untuk merebus keropok..
  • Pastikan air mendidih secukupnya sebelum memasukkan keropok
  • Tambahkan sedikit minyak bagi mengelakkan keropok lekat antara satu sama lain


Langkah 4 :
  • Ni la rupa keropok yang sedang direbus..
  • Keropok yang dah masak kan terapung di permukaan air..
  • Bila dah masak, dah boleh angkat dan toskan



    Camnilah rupe keropok yang masak.. Tengok pun dah terliur.. kalau tgk live lagila.. 




    Senang je kan..?? So, pilihan boleh sama ada nak makan terus atau nak goreng.. bergantung atas citarasa dan selera masing-masing.. 




     Ok, sapa-sapa yang baca ni,  tahniah.. Dah tau cara nak buat keropok lekor kan?? So kalau rasa nak mengidam ke, dah bosan makan yang banyak tepung ke, korang dah boleh start gentel sendiri kat rumah.. senang je kan..?? Sekarang korang dah boleh nak eksen kat jiran sebelah rumah korang sebab korang dah tau cara nak buat keropok lekor.. tanya orang sebelah, kau hado?? hahahha.. jangan marah... :)




    Launching new product.. Nasi Dagang ready made..

    As-salam..

    Lama gile tak berblog, rasa rindu sangat-sangat nak menulis dan share macam-macam dengan pembaca sekalian (ada ke pembaca, takde komen pon..!!).. Hahhaha, jangan marah ekk..

    Sebelum nak menceceh panjang-panjang, sila jawab soalan-soalan di bawah dengan jujur:

    1) Anda suka makan nasi dagang?

    2) Anda suka nasi dagang Terengganu @ Kelantan?

    3) Adakah nasi dagang hidangan yang wajib anda cari bila datang ke Terengganu?

    4) Apakah yang membuatkan anda begitu menggemari nasi dagang?

    5) Suka tak kalau anda boleh buat sendiri nasi dagang di rumah dengan bahan-bahan sedia untuk dimasak dan boleh makan sepuas hati?

    Jika anda setuju dan dapat menjawab dengan pantas semua soalan di atas, ternyata anda memang peminat nasi dagang tegar.. setuju ke setuju???

    Ada yang tertanya-tanya, nasi dagang tu bukan sama je ke?? Apa lak bezanye antara nasi dagang Terengganu ngan nasi dagang Kelantan.. Tau ke tak tau?? Meh sini nak cite...

    Nasi Dagang Terengganu

    - Menggunakan beras wangi atau campuran beras dengan pulut
    - Gulainya menggunakan rempah khas untuk gulai nasi dagang
    - Menggunakan ikan tongkol
    - Dimakan dengan acar timun




    Nasi Dagang Kelantan

    - Diperbuat daripada campuran beras pulut yang berwarna perang
    - Gulai ikan lebih kepada masak lemak dan berwarna kekuningan
    - Dimakan bersama acar timun





    Haaa... macam mana?? Dah faham perbezaan Nasi Dagang Terengganu dan Nasi Dagang Kelantan..??

    Kini, terdapat pek DIY (Do It Yourself) dan anda boleh memasak nasi dagang di rumah hasil air tangan anda sendiri.. suka takk..?? Say I..

    Kalau anda berminat untuk mendapat kan pek DIY ini, boleh berhubung dengan saya untuk proses tempahan dan pengeposan.. contact no 012-9577304..

    Sunday, 13 October 2013

    The Making Of Keropok Lekor

    As-salam,

    Bila sebut pasal keropok lekor, mesti ramai yang suka kan?? Terbayang-bayang rupe keropok yang panjang-panjang, kaler kelabu gelap, terasa-rasa kat dalam mulut rasa manis isi ikan yang segar, cicah lak dengan sos yang pekat merah tu.. perrgghhh.. memang meleleh la..

    Yang baca ni mesti automatik terasa nak makan keropok lekor kan.. haa, mengaku cepat!!! Hehehe..
     
    Tapi tahukah korang macam mana keropok lekor tu diproses..?? Sekarang masa untuk tutorial cara-cara membuat keropok lekor, suka tak..?? Say I... :) Caranya memang simple, mudah dan cepat.. Lepas ni mesti ramai yang terer buat keropok lekor sendiri.. 

    Here we come, The Making Of Keropok Lekor...


    Langkah 1 :

    • Bahan-bahan untuk membuat adunan keropok - ikan selayang atau ikan sardin, tepung sagu, sedikit garam dan msg (bergantung sama ada nak letak atau tak, seeloknya tak payah sebab tak baik untuk kesihatan).
    • Asingkan isi ikan dari tulang, gaulkan sebati dengan bahan-bahan yang disebutkan di atas.
    • Tumbuk atau blendkan sehingga betul-betul lumat, macam gambar kat bawah ni.



    Langkah 2 :

    • Dah siap adunan, dah boleh start menggentel.
    • Boleh buat saiz ikut suka korang tapi kalau dah namanya keropok lekor mesti la saiz dia panjang-panjang, ye dak?





    Rupa keropok yang dah siap digentel

    Langkah 3 :
    • Rebus keropok di dalam air yang mendidih.
    • Tambahkan sedikit garam dan minyak untuk mengelakkan keropok melekat antara satu sama lain.






    Langkah 4 :
    • Keropok yang dah masak akan terapung di permukaan air
    • Angkat dan toskan.







    Tadaaa.. dah siap.. Senang je kan?? Ok, sekarang terpulang pada citarasa dan selera masing-masing.. Pilihan sama ada di goreng atau makan macam tu saja..














    Lepas ni, kalau rasa mengidam sangat atau dah bosan makan keropok yang rasa tepung je, boleh la cuba buat sendiri.. Kadang-kadang, air tangan kita lagi puas hati lebih-lebih lagi bila kita memasak untuk family kita, kan?? Dan secara tak langsung juga, korang boleh nak eksen ngan jiran sebelah dan ketua kampung korang sebab korang dah tau rahsia nak buat keropok lekor.. cuba tanya jiran sebelah, kau hado..?? hahahha.. anda kaya dan berjaya.. :)

    Monday, 7 October 2013

    Jom Layan Pasal Keropok Jap .. :)

    As-salam,

    Just nak share, ade 2 jenis keropok yang boleh dipilih:

    1) Keropok Lekor
    • 1 pek ade 10 batang
    •  harga 1 pek rm 1
    •  panjang 8-9 inci



    2) Keropok Goreng

    • 1 pek = 15 batang
    • 1 pek = rm 10
    • saiz kecik sikit dari keropok lekor


    Kelebihan :

    • Dibuat daripada ikan-ikan yang segar dan bersih..
    • Dijamin tidak gatal..
    • Lebih banyak kandungan ikannya berbanding di tempat-tempat lain yang banyak sagu.
    • Enak dimakan ketika panas
    • Keropok lekor yang sedap terletak pada ramuannya
    ** Pengeposan setiap hari Ahad & Rabu sahaja melainkan kalau ada urusan yang tak dapat dielakkan baru la hari tu akan bertukar.
    ** Nak order?? Msg @ WhatsApp saya 012-9577304..

    Sunday, 6 October 2013

    Alamak, langgar janji sudah.. !!! 1 artikel sehari, jadikan amalan..

    Assalamualaikum..

    Tengah-tengah dok layan fb teringat lak nak jenguk blog.. tengok last date publish 4 okt, means ari jumaat.. ari ni dah ahad, 7 okt.. alamak, 3 ari tak share apa-apa.. dah sibuk sangat-sangat padahal tiap-tiap ari bukak blog tapi just buka then tutup balik.. langsung tak publish apa-apa.. :(

    Ni la bila dah lama-lama dah makin lupa.. Nampaknye kena buat note biar ingat ari-ari nak kena update blog ni.. Janji dengan DAO, nak ubah ke arah yang lebih positif.. "Fast Action, Fast Result" tak nak jadi "Terhegeh-hegeh Action, Terhegeh-hegeh Result"..

    Hari ni memang hari yang super duper busy.. pagi-pagi buta dah terpacak kat hospital, attend appointment ayah.. banyak keje jugak la ari ni, nak kena check jantung, nak ambik darah lepas tu tetiba ada tambahan nak kena buat chest x-ray.. adus, letih jugak la nak kena angkat, nak kena letak, berbaring, lepas tu angkat semula letak atas kerusi roda.. ni kisah pesakit ye, bkn saya.. tapi yang tukang angkat pon letih jugak, tambah lagi tak sempat nak breakfast.. takde tenaga beb.. :)

    Tapi yang paling tensennya bila part nak check jantung, kesian kat nurse tu, dah try macam-macam cara untuk dapat bacaan jantung tu dengan elok tapi malangnya, disebabkan suhu bilik yang terlalu sejuk (aircond memang kuat giler kat bilik rawatan tu), ayah saya dah menggigil-gigil dah.. kesian lak kat dia.. Setakat kita yang orang sihat ni pun dah terketar-ketar, apatah lagi dia yang sakit.. Last-last nurse tu buat keputusan, bacaan jantung akan ambik masa jumpa doc bius esok.. esok lagi sekali tercongok kat hospital.. nak buat camne, selagi tak settle peraturannya, selagi tu la nak kena hadap dan dok ulang kat situ.. tensen oo...

    Nasib baik la lepas settle yang jantung, pergi ambik darah dan buat x-ray takde masalah.. so lepas settle semua perkara, soru dulu la beb, perut tengah lapo giler.. bukan setakat berdondang sayang dah, siap black metal terus dah ni.. Masuk cafe, jam pun dah dekat pukul 1, makan tengah hari terus la.. Nampak lauk ikan keli berlada, sambar je la.. ngap, ngap Alhamdulillah, kenyang..

    Masa untuk balik la.. siap appointment hospital, masa untuk fokus bisnes lak.. Keropok nak kena pos jugak ari ni.. ikutkan letih maunya nak postponed je esok tapi kalau esok pun, sama gak la cam hari ni.. kesian kat customer yang dok tunggu keropok diorang.. so balik rumah, teringat lak selotep dah abis.. alahaii, kena hantar ayah balik rumah dulu then kena rushing pergi Giant jap nak cari selotape besar.. Letih jugak dok pegi situ, pegi sana tapi dah namanya tanggungjawab nak buat camne.. family pun kena utama, customer pun kena jaga jugak, betul ke betul??

    So dah lepas beli selotape, masa untuk pembungkusan la pulak.. aduss, sesi ni la yang paling mencabar sekali.. ye la, dah namanya buat keje sorang-sorang, mesti la ambik masa lama.. Alhamdulillah, rezeki hari ni, order 120 batang keropok lekor dan 20 batang keropok goreng sedia untuk pos..

    Nak upload gambar, lama giler dok tunggu.. nanti la, kalau internet dah ok saya akan share gambar-gambar..
    So kalau ada yang berminat nak merasa keropok Terengganu, anda boleh bank in selewat-lewatnya hari Selasa.. Nak pm @ msg @ WhatsApps ke no 012-9577304..

    Macam dah mengantuk je, esok nak kena bangun pagi-pagi lak.. orait everybody, selamat malam.. tidur nya enak-enak ya.. muaahhh.. :)


    Friday, 4 October 2013

    Tuduhan DAO menipu?? Hanya jual air liur untuk kaya?? Memang melampau..

    Just for sharing..

    Dalam kegembiraan berkongsi ilmu yang dipelajari selama 3 hari menuntut dengan Dr. Azizan, tiba-tiba hari ni saya dikejutkan dengan satu penemuan artikel tentang bekas peserta program yang nampaknya seperti tak berpuas hati dengan Dr. Azizan..

    Dari perkongsiannya, seperti dia telah membayar sejumlah amaun yang agak besar untuk menghadiri seminar anjuran Dr. Azizan tetapi apa yang diperolehi tidak seperti yang dijanjikan dalam pakej pilihannya itu.

    Namun, seingat saya, Dr telahpun menjelaskan salah faham tentang perkara ini. Saya tidak akan berkongsi link tersebut di sini kerana apa yang saya cuba sampaikan ialah, berjaya atau tidaknya kita adalah dengan izin Allah. Jika apa yang kita lakukan masih tidak mencapai sebagaimana yang kita harapkan, muhasabah diri. Cari dan gali semula di mana kelemahan dan mungkin ia juga berkait dengan hubungan kita dengan Allah.

    Dr. Azizan hanya membantu menyampaikan dan berkongsi segala pengalaman dan pengetahuannya dengan izin Allah. Saya tidak pernah menghadiri sebarang seminar yang sentiasa mengingatkan kita tentang menjaga hubungan bukan sekadar dengan Allah, malah juga sesama manusia.

    Pemikiran skeptikal saya selama ini, buat bisnes untuk untung banyak dan pergi melancong selain daripada untuk kesenangan ibu bapa. Ada pemikiran, aku nak kaya buat apa? Kang nak menjawab kat dalam kubur mesti banyak yang nak kena hisab. Di waktu itu, apa yang ada dalam fikiran saya, kaya untuk kepentingan diri kita dan keluarga sahaja tetapi bila masuk ke dalam seminar DAO ini, pemikiran saya ditransformasikan 360 darjah.

    DAO menekankan pentingnya kita kaya untuk membantu dan berjihad ke jalan Allah. Apabila kita ada duit, kita mampu untuk membantu orang-orang susah, mengeluarkan zakat dengan banyak, membantu anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan yang paling utama, kita memberi peluang, "value added' kepada orang lain untuk membina pendapatan mereka sendiri.

    "The More U Give, The More U get"

    Apa yang lebih menyakitkan hati, peserta itu menuduh Dr. Azizan hanya pandai menjual air liur untuk menjana pendapatan berjuta-juta.. Hello, dia jual air liur pon, air liur dia berharga tau tak?? Dah ramai yang berjaya sebab air liur dia, yang komen lelebih tu air liur korang boleh jual ke?? Dalam-dalam dok bz ngan seminar, sempat lagi pergi bercuti, pergi umrah.. Memang komen yang boleh buat gelak tergolek.. Hape daa, agak la kalau nak komen pun, cuba la komen yang bernas sikit.. Nama pun DAO tu manusia biasa, dia pun ada masa nak privacy ngan family dia, nak bercuti tenangkan minda.. Ingat tak letih ke dok bercakap sambil berdiri beberapa hari?? Akai ada ka.. Tu la, suh masuk kelas Master Your Bisnes tak nak, bajet dah pandai sangat la tu kot, tapi habuk pon tarak..Yang tolong tambah bahan perasa nak bagi sedap tu pon sama, ada yang komen kemain lg tapi rasanya yang bagi komen tu tak masuk pun kelas DAO.. cakap je lebih..

    Bila ada yang cuba nak perbetulkan keadaan, senang-senang hati lak dituduh sebagai pensponsor DAO.. lawak betul la.. DAO tu nak tolong bangsa Melayu makin maju, tapi ade lak jenis yang tak leh nak tengok orang Melayu maju ni la namanya perosak bangsa sendiri.. memang tak paham betul la..

    Bila dah masuk kelas lebih-lebih lagi kelas ilmu, penceramah tu dah jatuh jadi guru kita so bila dah namanya guru wajib hormat walaupun kita bayar dia untuk bagi ilmu kat kita.. Ilmu DAO atau apa-apa ilmu pun, kalau nak diikutkan, amat-amat tak ternilai.. walau ambik harga yang paling mahal sekali pun, memang tak ternilai.. yang penting bila kita dapat ilmu tu, buat.. Kalau setakat pergi tapi tak buat apa-apa, memang la tak jadi lepas tu nak salahkan DAO sebab bagi ajaran sesat.. mana teori yang dia ambik entah la..
    Kata DAO, "Fast Action, Fast Result" "Slow Action, Slow Result"...

    Rasa cukup la kot nak membebel pagi-pagi ni.. bebel banyak-banyak kang tambah lagi dosa.. rasanya yang akak tu, better pergi jumpa DAO sendiri dan selesaikan dengan cara professional.. bukan dengan cara hebahkan kat fb atau kat blog pas tu bagi orang yang tunjuk pandai wat komen ntah hape-hape.. sekurang-kurangnya ilmu yang kita dapat tu berkat.. restu guru pun menjamin keberkatan dan kejayaan kita..

    sekian, terima kasih,
    Aziah Mohd
    www.facebook.com/Keropok ORI Terengganu